Gayakan gaun dedah bahu, penampilan Thalita dikritik kurang sesuai -“Sedih tengok baju”

LocalWomen's Fashion
1 Feb 2026 • 1:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan anak perempuan kepada pelawak Shuib, iaitu Thalita ketika menghadiri sebuah majlis gender reveal baru-baru ini mencetuskan perbincangan di media sosial apabila menerima kritikan daripada segelintir netizen yang menganggap ia kurang sesuai dengan usianya.

Baju terdedah bahu digayakan Thalita kurang sesuai

Menerusi perkongsian yang tular, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra Shahmira yang kini berusia 13 tahun dilihat tampil mengenakan gaun labuh rona merah jambu dengan rekaan dedah bahu, sekali gus menarik perhatian ramai.

image is not available

Sedih tengok baju

Walau bagaimanapun, penampilan remaja itu menerima reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak yang beranggapan busana tersebut terlalu mencolok mata untuk seorang remaja seusianya.

Ada juga yang menyuarakan rasa simpati terhadap pemilihan pakaian berkenaan.

image is not available

Kesian baju tak sesuai

image is not available

Keluarga kena cakna hal pakaian

image is not available

Difahamkan, Thalita hadir bagi memeriahkan majlis gender reveal anak kelima Shuib yang berlangsung di Gombak, Selangor pada petang Sabtu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, sebelum ini berkongsi berita gembira bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi.

Untuk rekod, Thalita merupakan anak kedua hasil perkahwinan Shuib bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19, sebelum beliau mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Jun 2023.

Sumber: Threads elissagardentbg