Gboard Akhirnya Mempunyai Ciri “Undo”

TechnologyDigital
9 Jan 2025 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri undo atau buat asal dalam Bahasa Malaysia amatlah berguna khususnya ketika menaip di komputer tetapi ia tidak wujud pada peranti Android. Kadang kala secara tidak sengaja teks panjang yang ditulis terpadam secara tidak sengaja. Bagi mereka yang sudah bosan kesilapan ini membuatkan teks perlu ditaip semula, Gboard akhirnya menyokong ciri buat asal menerusi kemas kini terbaru.

image is not available

Ya, akhirnya aplikasi papan kekunci Gboard oleh Google memperkenalkan butang undo. Butang ini adalah ciri tambahan di bawah ciri menarik lain seperti Stickers, Theme, GIF, Proofread, Translate dan lain-lain. Pengguna boleh memilih untuk meletakkan butang buat asal di Gboard menerusi menu tetapan papan kekunci.

Selepas butang buat asal ditekan, bahagian menaip akan kembali ke keadaan asal dan butang redo (buat semula) pula akan muncul di sebelahnya. Ciri baharu ini diperkenalkan kepada pengguna beta Gboard dengan versi 14.9.06.x.