Lelaki maut diserang, dipijak gajah

17 Apr 2020 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MERSING - Seorang lelaki maut dipercayai diserang sebelum dipijak gajah liar dalam kejadian di Kilometer 51 Jalan Jemaluang-Kahang di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa ditemui orang awam terbaring berhampiran sebuah kereta Nissan Sylphy di tepi jalan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai jurujual berasal dari Selangor yang dikenal pasti oleh waris.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di dada dan rusuk serta meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki akibat serangan gajah liar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Cyril Edward berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal tidak menemukan sebarang perbuatan jenayah kerana barang berharga dan peribadi mangsa tidak hilang.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk keberadaan mangsa di lokasi kejadian," katanya.




View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved