“GD Tolong Saya..” – Dara Dedah Tak Patut Debut Jadi Ahli 2NE1 Pada Awalnya

Music
19 Oct 2023 • 9:35 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebelum menjadi penyanyi, Sandara Park sebenarnya mempunyai keinginan untuk berlakon.

Terbaru menerusi program “JaeFriends” di YouTube, Dara berkongsi pada awalnya dia kembali ke Korea untuk meneruskan kerjaya lakonanannya dari Filipina dan tidak sepatutnya debut sebagai ahli 2NE1.

Jelasnya,

Saya belum menjadi ahli tetap. Saya sedang mengikuti uji bakat untuk berlakon dan saya menjadi pelatih untuk menjadi idola ketika saya berlatih untuk jadi pelakon. Jadi, ia adalah perubahan yang dramatik.

Kemudian, wanita itu juga turut mendedahkan bahawa dia menerima bantuan G-Dragon untuk debut,

Saya bertanya kepada GD apabila lagu mereka ‘Lies’ keluar dan BIGBANG mempunyai lebih kuasa. Saya fikir jika GD pergi ke Hyun-suk (CEO YG) dan berkata ‘Dara sangat bagus’, saya boleh debut.

image is not available

Sambungnya lagi,

Jadi, saya pergi karaoke bersama GD dan menyanyikan lagu Jennifer Lopez. Tetapi kami kena rakam diri kami menyanyi setiap bulan dan bila YG melihatnya, dia berkata ‘Dia tidak hebat, tetapi dia cool’.

Dara memang cool!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.