Gebu Dan Lazat, Ini Resepi Mudah Kek Cheese 3 Bahan Untuk Anda Cuba

2 Sep 2023 • 2:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Resepi mudah, lazat dan jimat masa.

Gebu Dan Lazat, Ini Resepi Mudah Kek Cheese 3 Bahan Untuk Anda Cuba. Buat anda di luar sana yang ada kelapangan masa, apa kata anda ke dapur dan cuba resepi pencuci mulut mudah dan lazat dari perkongsian di Facebook oleh Sharifah Dora Perais ini iaitu Kek Cheese Gebu 3 bahan sahaja!

Bukan mudah untuk menyediakan hidangan pencuci mulut yang enak lagi menyelerakan dan kena dengan tekak semua orang, kali ini mari kita cuba resepi perisa kek kegemaran rakyat Malaysia iaitu Kek Cheese.

image is not available
Gebu Dan Lazat, Ini Resepi Mudah Kek Cheese 3 Bahan Untuk Anda Cuba

Bahan-Bahan:

  1. 250gm cream cheese
  2. 1/2 cawan susu pekat
  3. 4 biji telur gred A

image is not available

Cara membuatnya:

  1. Pukul cream cheese serta susu pekat sehingga menjadi konsistensi yang smooth (tidak berketul).
  2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
  3. Campurkan kuning telur bersama cream cheese yang sudah dipukul tadi.
  4. Pukul putih telur sehingga menjadi meringue.
  5. Campurkan cream cheese dan meringue kemudian gaul sehingga sebati.
  6. Panaskan ketuhar pada 160°C dan bakar selama 1 jam 30 minit (ikut pada kesesuaian oven masing-masing).

Mudah bukan? Boleh lah anda guna resepi lazat ini nanti dan selamat mencuba!

Lagi resepi mudah dan lazat untuk anda cuba di sini: