GeForce Now dan Xbox Cloud Gaming mungkin akan tembusi iOS tak lama lagi

Digital
26 Jan 2024 • 5:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ini mungkin berita baik untuk pengguna iOS global. Apple mengumumkan perubahan polisi pada AppStore dengan membenarkan pembangun aplikasi (app) menerbitkan app yang membolehkan penstriman permainan video dilakukan. Hal ini bermakna, aplikasi seperti Nvidia GeForce Now dan Xbox Cloud Gaming bolehlah memohon untuk menerbitkan app masing-masing di platform iOS.

image is not available

Stadia, platform Google yang telahpun "dibersarakan", tidak dapat menembusi iOS sewaktu dilancarkan kerana pada dalam tahun 2020 dulu, polisi Apple tidak membenarkan app jenis itu berada dalam platform mereka. Mungkin untuk menjaga Apple Arcade mereka.

Selain daripada kelonggaran polisi, Apple turut mengumumkan kerangka analitik yang baharu untuk app. Kerangka kali ini mengandungi lebih 50 punca data yang berhubung dengan API App Store. Data yang akan diperolehi merangkumi penglibatan, jual beli, dan pola pengguna app.

Semua ciri baharu ini akan diperkenal dan berkuat kuasa dalam bulan Mac 2024.

Sumber: Apple