Gegaran Di Ipoh Tiada Kaitan Dengan Latihan Polis, Gempa Bumi Atau Letupan Kuari

21 Oct 2024 • 3:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gegaran Di Ipoh Tiada Kaitan Dengan Latihan Polis, Gempa Bumi Atau Letupan Kuari

Polis Diraja Malaysia mengesahkan pihaknya mengambil maklum dengan kejadian gegaran dan bunyi letupan yang didengari di sekitar Ipoh, kira-kira 11 pagi.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Haji Azizi Bin Haji Mat Aris menerusi kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi.

Katanya, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati kejadian itu tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.

“Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) pula mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum pukul 12 tengah hari.

Letupan di Ipoh bukan berpunca dari latihan polis, gempa di Indonesia atau letupan kuari

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga mendapati tiada sebarang aktiviti seismik di daerah Ipoh walaupun terdapat kejadian gempa bumi berlaku di Halmahera Utara, Indonesia,” katanya.

Difahamkan, kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmera Utara itu terjadi sekitar pukul 11.24 pagi.

Ujar Azizi, pihaknya masih lagi meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Boleh salurkan sebarang maklumat berhubung kejadian kepada polis

Mereka yang mempunyai apa-apa maklumat berhubung misteri berkenaan boleh menghubungi Pusat Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073.

“Orang ramai juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” ujarnya lagi.