Gegaran susulan selepas gempa, presiden Taiwan minta rakyat berwaspada

19 Sep 2022 • 7:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TAIPEI: Selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara Taiwan pada Ahad, Presiden Tsai Ing Wen berkata beliau telah meletakkan Pusat Operasi Kecemasan Pusat pada tahap berjaga-jaga tertinggi berikutan gegaran susulan yang dijangka berlaku.

Tsai menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap bahaya aktiviti seismik yang berterusan, sambil menambah beliau sentiasa menerima laporan daripada agensi yang terlibat dengan tindak balas bencana Taiwan, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda tenggara negara itu pada 2.44 petang, menyebabkan kerosakan meluas pada infrastruktur, bangunan dan kenderaan di Hualien dan Taitung.

Sebagai respons, kerajaan pusat menghantar anggota mencari dan menyelamat, kenderaan dan unit anjing dari kawasan lain ke timur Taiwan.

Menurut Pusat Tindak Balas Bencana Daerah Hualien, gempa bumi itu menyebabkan jambatan Gaoliao dan Luntien di kawasan itu runtuh dan Jambatan Yuli turut mengalami kerosakan.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved