
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kucing sememangnya haiwan yang sering dijadikan pilihan sebagai haiwan peliharaan.
Bukan sahaja comel, tetapi kucing juga mempunyai tingkah laku dan personaliti yang tersendiri.
Adakalanya keletah mereka sering membuatkan pemilik terhibur, tidak kurang juga ada membuatkan tuannya pening kepala dengan pelbagai ‘perangai’.
Namun kehadiran si bulus ini sentiasa disenangi bukan sahaja pemilik tetapi orang sekeliling yang juga menyukainya.
Gelagat Abang J&T suka tegur kucing tuan rumah setiap kali hantar barang raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan gelagat Abang kurier yang suka menegur seekor kucing setiap kali berkunjung ke rumah pelanggannya.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Finyz di TikTok, awalnya kelihatan Abang kurier berkenaan telah datang ke rumah untuk menghantar barangan.
Dalam masa sama, kucing milik Finyz juga berada di atas tembok berdekatan pagar sedang berehat.

Awalnya tegur dan usap kepala kucing sebelum gurau ajak ikut balik
Sewaktu menghantar barangan itu, turut kelihatan Abang kurier menegur si comel berkenaan dan mengusap-usap kepalanya.
Malah dia turut dilihat berbual mesra sebelum kembali ke motosikal untuk beredar. Ketika menaiki motosikal, Abang kurier itu juga sempat bertanya kepada si bulus adakah dia ingin mengikutnya sebagai usikan sebelum berlalu pergi.
Menurut Finyz, rider berkenaan sebelum ini pernah datang ke rumahnya untuk tujuan sama dan menegur si comel.
“Korang! Budak J&T hari tu datang lagi. Hantar barang, lepas tu sembang-sembang dengan kucing aku. Last sekali dia tanya ‘nak ikut? Hahaha. Kau jangan dik, cuba-cuba nak culik budak bulus ni,” kata wanita itu.
View on Threads
Sebelum ini kucing tegur abang kurier siap guling-guling minta diusap
Dalam satu video yang dikongsikan pada 8 Januari lalu, kelihatan kucing yang sama telah ‘menegur’ Abang kurier tersebut sewaktu dia datang untuk menghantar barangan.
Menerusi video itu, awalnya kelihatan si bulus tersebut berada di tepi kereta. Sebaik melihat Abang kurier datang dia kemudian keluar dari kawasan pagar dan berguling-guling seperti cuba meminta perhatian.
View on Threads
Abang kurier siap bagi gelaran pada kucing ‘Manja’
Turut kedengaran Abang kurier menyuruh si comel itu masuk, sebelum mendukung dan meletakkan kucing itu di dalam rumah. Malah tidak mahu kucing itu keluar dari rumah, dia terus menutup pintu pagar.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Abang kurier itu turut menggelarkan kucing tersebut dengan gelaran ‘Manja’ sewaktu memanggilnya ketika menghantar parcel di rumah tersebut.
View on Threads
Ramai terhibur lihat gelagat Abang kurier dan kucing
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Abang kurier dan kucing tersebut.
Malah ada yang mengatakan si comel itu seperti terapi buat rider berkenaan selepas penat menjalankan tugasnya untuk menghantar barangan kepada pelanggan.
Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan berpesan kepada kucing tersebut untuk tidak bercakap kepada individu tak kenali.
“Lepas seharian bekerja, kucing ada terapinya. Lihat bagaimana tenangnya mereka antara satu sama lain. Terima kasih berkongsi kucing anda dengan dia”

“Patutlah kurier J&T lambat sampai, haiyaa mengucing kerja ya”

“Tapi kucing tu pun galak. Meow sakan dia sembang apa lah tu, ngadu kot”

“Mama kena order barang banyak-banyak supaya Abang J&T boleh hantar tiap hari tau. Saya gigih panjat tembok tunggu situ sampai abang sampai”


![Lelaki Terkedu Tengok Presentation Makanan ‘Gah,’ Sekali Dapat Sate 3 Cucuk Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)