Gelagat Bapa & Anak Bergurau Senda Bersama Sambil Minum Raih Perhatian [Video]

LocalEntertainment
5 Sep 2024 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ungkapan ‘bapa adalah cinta pertama seorang anak perempuan’ sering kali didengari.

Ini kerana, kebanyakan anak perempuan percaya seorang bapa akan melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan dan kebahagian anak mereka.

Oleh itu, momen seorang anak perempuan bersama ayah merupakan antara kenangan yang terindah buat mereka.

Gelagat dua beranak bergurau senda sambil minum raih perhatian

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan gelagat seorang bapa dan anak yang dipercayai dari Indonesia sedang bergurau senda sambil minum di sebuah kedai minuman Mixue.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Paman Jogja, awalnya kelihatan bapa dan kanak-kanak perempuan tersebut sedang bermain ‘ohsom’ atau turut dikenali sebagai ‘Rock, Paper, Scissors’.

Namun apa yang menarik perhatian, mereka dilihat begitu gembira bergurau senda. Malah sewaktu ‘bonding session’ itu mana-mana dari mereka yang menang bagi permainan tersebut akan dapat meminum minuman yang telah dibeli pada ketika itu.

Tertawa sesama sendiri melihat gelagat masing-masing

Dua beranak itu turut dilihat tertawa sesama sendiri melihat gelagat masing-masing. Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai.

Melihat di ruangan komen, ada yang menyifatkan ia adalah suatu perkara yang sangat indah bagi mereka yang masih mempunyai bapa.

Ada juga mengatakan kegembiraan tidak boleh dibeli dengan duit. Selain itu, ada juga yang meluahkan mereka mempunyai bapa namun tidak pernah mempunyai momen seperti itu.

Video tersebut menjadi tular sehingga ia dikongsikan di X, malah terdapat seorang pengguna di aplikasi berkenaan menghasilkan poster berdasarkan situasi gembira dua beranak berkenaan.

“Bestnya ada ayah”

image is not available

“Cinta pertama”

image is not available

“Dia sangat beruntung”

image is not available