Seorang ibu memimpin tangan anaknya yang memulakan sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula hari ini di beberapa negeri termasuk Lembah Klang. - Gambar oleh Azim Rahman
Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan untuk 2023/2024 bagi kumpulan B. Pelbagai gelagat dan reaksi pelajar telah dirakamkan oleh jurufoto Getaran yang berada di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.
Bukan sahaja pelajar, ibu bapa turut sibuk menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan ini adalah hari pertama untuk sesi persekolahan tahun ini.
Paling menarik perhatian adalah anak-anak yang memasuki Tahun 1. Meskipun mereka sebelum ini sudah memasuki kelas tadika, namun suasana ketika memasuki kelas nyata berbeza.
Saksikan gambar-gambar menarik yang dirakamkan oleh jurufoto Getaran, Sairien Nafis, Azim Rahman dan Abdul Razak Latif di Sekolah Rendah Islam Al Hafiz Cyberjaya, Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa dan Sekolah Rendah Seksyen 9 Shah Alam.
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa beratur untuk memasuki kelas.
Cikgu Yuziha Mohamad Yusof memberi taklimat ketika sesi pembukaan sekolah di Seksyen 9 Shah Alam.
Sebahagian ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti pengajian pada hari pertama persekolahan.
Hari pertama sesi persekolahan bagi Kumpulan B 2023/2024 bermula hari ini namun sesi akademik hanya akan bermula minggu depan..
Sebahagian pelajar memakai pelitup muka ketika hadir ke sekolah.
Selepas sebulan bercuti, akhirnya hari ini, pelajar-pelajar dari Kumpulan B memulakan pengajian.
Murid-murid ini beratur bagi membeli makanan di kantin sekolah.