Gelak Bila Rasa ‘Awkward’, Janna Nick Mengaku Suka Ketawa Untuk Atasi Suasana Kekok

Entertainment
23 Aug 2022 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi,, Janna Nick, baru-baru ini berkongsikan tentang peribadi dirinya yang suka ketawa sebagai cara untuk mengatasi masalah.

Menerusi ruangan caption di entri Instagram miliknya, Janna Nick tidak menafikan bahawa dirinya adalah seorang yang extrovert dan suka akan perhatian.

I orang yang extrovert dan suka attention. I annoyed them. Walhal….that’s my cope mechanism.

Dia juga akan ketawa jika berada dalam situasi yang janggal kerana itu adalah cara baginya untuk mengelakkan suasana kekok.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang merasakan diri Janna sebagai seorang yang tidak sensitif kerana tindakannya itu.

Kalau situation tu macam awkward, soalan tu macam tak best. Joke tu macam tak funny. I akan gelak dulu. So orang rasa I ni jenis insensitive.

Namun, Janna Nick menerangkan dia tidak mengendahkan pandangan orang terhadapnya dan sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk orang di luar sana supaya sentiasa membuat kebaikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 1 bulan lalu

(VIDEO) "Attitude Saya 'Create' Sendiri"- Janna Nick Kongsi Cerita Membesar Dengan 'Broken Family'