Gelandangan Di Bintulu Semakin Berleluasa, Netizen Minta Pihak Berkuasa Tangani Isu Ini

17 Oct 2022 • 2:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video gelandangan di hadapan kedai di Bintulu

Gelandangan Di Bintulu Semakin Berleluasa, Netizen Minta Pihak Berkuasa Tangani Isu Ini. Kewujudan individu gelandangan adalah kerana pelbagai faktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, penyalahgunaan dadah, sikap dan lain-lain.

Gelandangan juga bukanlah isu terpencil yang hanya menghimpit negara-negara membangun sahaja. Akan tetapi gelandangan merupakan isu universal yang turut dialami oleh negara maju.

image is not available
Gelandangan Di Bintulu Semakin Berleluasa, Netizen Minta Pihak Berkuasa Tangani Isu Ini. Sumber: FB Bintulu News Page

Netizen merasa simpati terhadap mereka yang bergelimpangan di kaki lima

Isu gelandangan di Bintulu ini dilihat semakin berleluasa dan hal ini telah menimbulkan kebimbangan dan keresahan penduduk setempat. Tidak hanya itu, ada juga yang merasa simpati terhadap mereka yang bergelimpangan di kaki lima dan di bawah jejantas.

Menerusi hantaran di Facebook milik Bintulu News Page telah berkongsi video yang dirakam oleh netizen di Bintulu. Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan keadaan gelandangan di hadapan pusat beli-belah, MDS Medan Bintulu.

https://www.facebook.com/BintuluNewsPage/videos/1203281307287318/

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen dan raih sebanyak 11K kali tontonan di laman Facebook.

Sebelum ini, gelandang turut dilihat tidur di kawasan jejantas Sing Kwong dan menyebabkan kawasan tersebut kotor. Walaupun tempat tersebut sudah dibersihkan oleh pihak yang bertanggungjawab, namun masih ada gelandangan yang menumpang tidur kerana tidak mempunyai tempat berteduh.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen menyeru pihak berkuasa untuk menyelidik latar belakang gelandangan ini dan menyediakan alternatif lain untuk menempatkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

Lagi artikel terkini, anda boleh lihat pautan di bawah: