Gelandangan Disiram Air, Disepak.. AmBank Tampil Beri Penjelasan

LocalPolitics
25 Nov 2025 • 5:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

AmBank hari ini tampil membuat permohonan maaf rasmi selepas tularnya satu video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan dihalau dengan cara yang mengejutkan di luar cawangan Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Ambank cakna dengan kejadian tersebut

Dalam kenyataannya di Facebook, pihak bank berkata mereka cakna dengan kejadian tersebut. Bank itu menekankan bahawa keselamatan orang ramai di sekitar premis adalah perkara yang sangat penting bagi mereka.

image is not available

Tular rakaman video menunjukkan lelaki itu sedang tidur di laluan pejalan kaki apabila seorang pengawal keselamatan wanita daripada syarikat luaran dilihat menyimbah air ke arahnya.

Seorang lelaki lain yang dipercayai tukang kasut, kemudian menendang lelaki tersebut dan membaling barang miliknya menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan memancing reaksi marah warganet.

AmBank menjelaskan pengawal keselamatan itu bukan kakitangan tetap bank, sebaliknya daripada penyelia perkhidmatan keselamatan luaran yang dilantik.

Walau bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa semua pihak yang mewakili bank, termasuk vendor dan rakan kongsi, wajib mengekalkan tingkah laku profesional yang tinggi.

image is not available

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil dan insiden seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Sumber: Facebook @AmBank

The post Gelandangan Disiram Air, Disepak.. AmBank Tampil Beri Penjelasan appeared first on Borak Daily.