Gelandangan kudung tangan didakwa bunuh warga emas

21 Oct 2022 • 2:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Seorang gelandangan yang kudung tangan kanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada Ahad lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Chin Ling Sin (pix), 51, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Chin dituduh menyebabkan kematian Leong Chow Wah, 67, yang juga gelandangan, di lorong tepi sebuah restoran, Jalan Leong Sin Nam di sini antara pukul 4.50 pagi sehingga 5.50 pagi pada 16 Okt lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Hannah Abd Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-Bernama