Gelanggang lawan lembu runtuh di Colombia, empat maut

28 Jun 2022 • 9:58 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BOGOTA : Insiden tempat duduk penonton di sebuah gelanggang lawan lembu roboh di Colombia telah meragut sekurang-kurangnya empat nyawa manakala 70 yang lain mengalami kecederaan.

Insiden berlaku Sabtu lalu di Espinal, wilayah Tolima. Bandar Espinal didiami oleh 78,000 penduduk dan terletak sekitar 150 kilo­meter dari ibu kota Colombia, Bogota.

Menurut laporan El Tiempo, keadaan menjadi panik selepas lembu-lembu tersebut turut terlepas dari gelanggang di jalan-jalan raya.

Video yang tular di media sosial memaparkan puluhan penonton melibatkan wanita, lelaki dan kanak-kanak terhumban ke tanah akibat sebahagian tempat duduk setinggi tiga tingkat runtuh.

“Terdapat empat individu terkorban setakat ini (kelmarin) iaitu dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak,” kata Gabenor Wilayah Tolima, Jose Ricardo Orozco kepada stesen Blu Radio.

Orozco berkata, kerajaan tempatan akan mengharamkan acara lawan lembu yang dikenali sebagai corralejas di mana orang awam turut memasuki gelanggang untuk konfrontasi dengan lembu.

Menurutnya, acara tersebut berbahaya dan menggalakkan penderaan haiwan.

Acara lawan lembu itu merupakan sebahagian daripada pera­yaan tempatan dikenali sebagai festival San Pedro dan amat po­pular di rantau itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved