Gelar UiTM Institusi Aparteid, Andrew Sia Bakal Dipanggil Polis

25 May 2024 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Andrew Sia - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil penulis kolumnis sebuah portal berita dalam talian Andrew Sia dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung satu artikel bertajuk "Our Apartheid Academy, UiTM" yang diterbitkan pada 22 Mei lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata semakan terhadap portal berita terbabit sedang dibuat untuk turut memanggil pengarang portal berkendan bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan.

"Setakat hari ini sebanyak 38 laporan polis telah diterima," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan polis akan memohon pemprofilan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran Andrew Sia untuk membantu siasatan.

Laporan polis pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik di Balai Polis Dang Wangi baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini menuntut portal terbabit untuk menurunkan artikel itu dan menggesa Sia mengeluarkan permohonan maaf. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved