Gelaran Biduanita Negara Bakal Dianugerahkan Kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza

3 Apr 2024 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak asing lagi dalam negara kerana bakat nyanyiannya yang tidak boleh disangkal. Sehubungan itu, cadangan penganugerahan gelaran biduanita negara baginya telah lalui fasa awal.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata setakat ini, gelaran biduanita negara hanya diberikan kepada Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Fahmi menyatakan cadangan itu sudah melalui proses perbincangan dalaman dan akan percepatkan proses penganugerahan itu.

image is not available

Namun, dia tidak mahu memberikan komen lebih dan menyatakan ada proses yang perlu diikut dan mengambil masa.

Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu.

Saranan ini disebabkan kejayaan Siti lakukan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza telah menarik perhatian ramai pihak dan juga Fahmi.

Sementara itu, Siti juga berikan komen dan berkata dia tidak letakkan harapan untuk diberikan gelaran itu.

Tak perlulah saya mengharap sangat (gelaran biduanita). Ini sebab kerja-kerja yang saya lakukan sekarang (menyanyi), memang saya buat sebab minat.

Katanya dia lebih suka lihat peminat gembira dan tidak pernah fikir tentang penghargaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.