Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

LocalCars
18 Sep 2025 • 5:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

image is not available

Dengan pencapaian ini, Proton e.MAS 7 kini telah menjadi kenderaan elektrik paling laris di Malaysia selama lapan bulan berturut-turut, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran sejak awal tahun.

image is not availableimage is not available

Berdasarkan data pendaftaran terkini JPJ, model ini terus menguasai pasaran sehingga separuh kedua tahun 2025, dengan 5,455 unit didaftarkan pada bulan Ogos dan jumlah keseluruhan setakat ini mencecah 5,811 unit.

Dengan pegangan pasaran sebanyak 24%, hampir satu daripada setiap empat EV yang terjual di Malaysia ialah Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.Zhang Qiang berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pemilik Proton e.MAS 7 atas kepercayaan dan sokongan mereka.

“Proton e.MAS 7 dibangunkan sebagai kereta untuk rakyat Malaysia, dan kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan untuk terus menambah baiknya.

“Setiap pencapaian yang kami raih adalah hasil daripada kepercayaan anda terhadap kami, dan kami tetap komited untuk memberikan nilai tambah yang berkekalan serta terus menambah baik pengalaman pemilikan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.