“Gelaran Itu Sangat Biadap!” – Amelia Henderson Kecewa Digelar Janda, Minta Berhenti Merendahkan Wanita

Entertainment
7 Mar 2023 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan juga personaliti TV, Amelia Henderson meluahkan rasa kesal apabila seorang individu di media sosial Twitter seolah-olah telah merendahkan martabatnya dan wanita di luar sana yang bercerai dan bergelar janda.

Dalam hantaran asal, seorang individu dilihat memuji Amelia yang dikatakan mempunyai peribadi yang baik selain mempunyai IQ yang tinggi.

Namun, ciapan itu dibalas dengan kata-kata sinis netizen yang lain di mana telah melabel Amelia sebagai seorang janda.

Tidak berdiam diri, Amelia kemudiannya membalas ciapan individu itu dan meminta orang ramai untuk berhenti merendahkan martabat wanita yang mempunyai status hubungan yang berakhir dengan perceraian hidup.

Saya sangat benci perkataan janda. Boleh tak sekiranya kita berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status perhubungan kami untuk tahun 2023 ini?

Saya adalah seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang pernah memenangi anugerah dengan pengalaman selama 27 tahun. Gelaran janda adalah sesuatu yang menghina.

Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama anak saudara Sultan Kedah, Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Anuar pada 14 Ogos 2015 yang lalu.

image is not available 22 jam lalu

Syamsul Yusof Enggan Ceraikan Puteri Sarah Liyana