“Geli..” – Babak Ciuman ‘Ganas’ Ji Changwook & BIBI Dalam ‘The Worst Of Evil’ Dikritik, Tapi Kenapa?

Entertainment
19 Oct 2023 • 11:12 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dalam banyak-banyak drama Korea yang sedang ditayangkan kini, ramai yang kerap menyebut “The Worst Of Evil” sebagai naskhah kegemaran mereka.

Untuk pengetahuan, “The Worst Of Evil” membawa kisah seorang pegawai polis yang menyeludup masuk ke dalam organisasi dadah pada ketika tahun 1990-an.

Dalam episod ke-8 yang disiarkan kelmarin, ramai yang terkejut melihat keghairahan babak antara Ji Chang-wook dan BIBI. Penonton pastinya mengetahui bahawa Jun-mo (Ji Chang-wook) menjadi perisik dalam organisasi dadah yang diketuai Gi-cheol (Wi Ha-joon).

Walaupun sudah beristeri, namun Jun-mo dilihat sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan misinya itu berjaya termasuklah bermain cinta bersama orang kuat pengedaran dadah antara Korea-China iaitu Hae-ryeon (BIBI).

Babak seksual tegang di antara keduanya nyata membuatkan penonton tak senang duduk, tambahan pula mereka mengetahui bahawa Jun-mo sebenarnya setia dengan Eui-jeong (Im Se-mi).

Komen mereka,

Macam agak melampau je..

 

Apa yang hotnya bila awak dipaksa untuk lakukan adegan seksual dan diugut..

 

Ini namanya gangguan seksual.

 

Awak main-main ke..

 

Dia dipaksa kot.. apa yang romantiknya..

 

Banyak kali kot Jun-mo tolak.. ni kira serangan seksual.

Apa pendapat korang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article