“Geli Lah Persembahan Macam Ni..” – Naqiu Dan Misha Berpegangan Tangan, Warganet Marah Masing-Masing Dah Kahwin

Music
16 Oct 2023 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gempar seketika apabila dua penyanyi dalam program nyanyian popular dilihat mempamerkan adegan berpegangan tangan semasa membuat persembahan sekaligus menerima kecaman hebat dari netizen.

Salah satu pasangan duet yang masing-masing telah pun berkahwin, Naqiu dan Misha yang membawa lagu Aku Dan Dirimu, dikejutkan apabila terlihat berpegangan tangan dan bermesra di atas pentas.

Saya minta maaf dan saya lah yang bertanggungjawab. Saya akan pastikan benda tu tak berulang lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Naqiu akui perbuatan mereka itu bukan dirancang dan dilakukan secara spontan semasa membuat persembahan bagi mendalami nyanyian dan mesej yang ingin disampaikan. Tetapi, dirinya sendiri tahu kali ini sudah melebihi batas.

Dilakukan di hadapan orang ramai sekaligus siaran langsung, sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penonton.

Geli lah persembahan macam ni, pegang-pegang tangan. Bukan mahram kan.

image is not available

Sumber : Instagram  

Melihat di ruangan komen, ramai warganet menyatakan rasa tidak selesa melihat adegan yang tidak sepatutnya dilakukan itu memandangkan mereka berdua sudah mempunyai pasangan masing-masing.

Lebih-lebih lagi, mereka juga bukanlah penyanyi baru yang tidak tahu akan perkara yang boleh menimbulkan kontroversi seperti ini.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Tak Profesional, Buat Muka Dekat Juri" - Netizen Kritik Ucapan Terakhir Aishah Setelah Tersingkir Di All Star Gegar Vaganza