“Geli Sikit Lelaki Bodoh” – Acah Terpaling Pandai ‘English’, 4 Gadis Teruk Dikecam Kutuk Ayat Bekas Pakwe Rakan

12 Jul 2023 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular video di laman TikTok empat orang gadis mengutuk mesej yang dihantarkan oleh bekas teman lelaki salah seorang yang ada di dalam kereta dinaiki hingga terima kecaman hebat daripada warganet.

Menerusi video tersebut, empat orang gadis itu membaca mesej perpisahan yang diberi oleh bekas teman lelaki salah seorang rakannya dan difahamkan lelaki tersebut menggunakan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

image is not available

Hal yang membuatkan netizen berasa ‘panas’ apabila melihat video itu kerana salah seorang gadis yang membaca mesej itu memberi reaksi jijik dan sempat memberi nasihat kepada warganet untuk tidak bercinta dengan lelaki bodoh.

Kalau korang putus pastikan english korang betul tau sebab kawan-kawan dia bukannya bodoh tau. Setakat tu jela, sebab geli sikit dengan lelaki bodoh.

Bukan saja memberi reaksi jijik melihat ayat lelaki terbabit malah dia turut membetulkan bahasa Inggeris yang digunakan dalam mesej berkenaan.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan tindakan gadis-gadis tersebut dan tidak perlu memalukan lelaki itu walaupun tidak menyukainya.

image is not available 5 months ago

Jijik! Wanita Berhijab Dikecam Rakam Aksi Seperti Sedang Berjimak Dengan Suami - "Ya Allah Takde Maruah Ke?"