Gelombang Pertama Tsunami Landa Persisir Pantai Wilayah Iwate, Jepun

WorldEnvironment
20 Apr 2026 • 5:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gelombang Pertama Tsunami Landa Persisir Pantai Wilayah Iwate, Jepun

MOSCOW, 20 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Gelombang tsunami pertama setinggi 40 sentimeter (15.7 inci) telah melanda pesisir pantai Wilayah Iwate di Jepun pada Isnin, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti memetik penyiar NHK.

Penyiar itu melaporkan bahawa pihak berkuasa Jepun kini sedang memeriksa operasi loji kuasa nuklear (NPP) susulan gempa bumi kuat yang berlaku.

Menurut Tohoku Electric Power, Loji Kuasa Nuklear Onagawa di Wilayah Miyagi sedang diperiksa bagi mengesan sebarang kemungkinan sisihan.

Manakala pengendali Tokyo Electric Power (TEPCO) mengumumkan bahawa Loji Kuasa Nuklear Fukushima-1 di Wilayah Fukushima sedang diperiksa untuk sebarang anomali baharu. Pemeriksaan serupa turut dijalankan di Loji Kuasa Nuklear Fukushima-2.

Agensi berita Kyodo melaporkan bahawa setakat ini tiada sebarang kecemasan direkodkan di kedua-dua loji berkenaan.

Terdahulu, Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud berlaku di bahagian utara Pulau Honshu di Lautan Pasifik, merangkumi kawasan wilayah Aomori dan Iwate.

NHK melaporkan tsunami dikesan di laut dan sedang menghampiri wilayah Iwate serta Aomori. Kekuatan maksimum gegaran direkodkan pada tahap 5+ mengikut skala tujuh mata yang diguna pakai di Jepun.

Amaran tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan pesisir pantai Pasifik bermula dari pulau paling utara iaitu Hokkaido sehingga ke utara Pulau Honshu, malah amaran itu turut diperluas ke pesisir pantai timur di utara Jepun.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved