Gelongsor air gergasi dalam shopping mall pertama di Malaysia, rasai keseronokan ‘slip-n-slide’ dan rebut 100 tiket percuma

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SAMBIL berseronok bermain gelongsor air gergasi sampai puas di dalam shopping mall, kalian boleh menang ganjaran lumayan berupa sebuah kereta!

Itu antara keunikan Slide the Curve yang julung kalinya diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 pusat membeli-belah terkemuka, The Curve yang terletak di Mutiara Damansara, Selangor.

Lebih mengujakan, pusat tumpuan tersebut bakal menjadi persinggahan ramai dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan Sun-Kissed Adventures untuk tempoh 20 hari saja.

image is not available

Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad the Curve, Jazmi Kamarudin berkata, pihaknya teruja untuk meraikan ulang tahun ke-20 dengan acara revolusioner seumpama ini.

Penganjuran Slide the Curve itu bukan saja mencerminkan kesungguhan terhadap inovasi dan keseronokan, tetapi usaha untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti setempat.

image is not available

“Sejak dibuka dua dekad lalu, The Curve telah menjadi bukan sekadar sebuah tempat beli-belah, malah berkembang sebagai sebuah tempat berkumpul yang meriah bagi komuniti setempat.

“Sejak awal lagi, destinasi berwawasan ini menetapkan penanda aras baharu yang melangkaui pengalaman pusat beli-belah round-the-block,” katanya.

image is not available

Menariknya, bermula 3 hingga 22 September ini bersempena cuti sekolah, the Curve akan ditransformasikan menjadi sebuah taman permainan yang menyeronokkan dengan tarikan slip-n-slide gergasi.

Justeru, bagi anda yang ingin dapatkan 100 tiket percuma, boleh sertai peraduan SinarPlus sempena Hari Keluarga SinarPlus X Slide the Curve!

image is not available

- Jadi 100 pemenang bertuah bagi meraikan Hari Keluarga SinarPlus yang julung kali diadakan di Slide the Curve!

Caranya cukup mudah:

1. Muat naik gambar/video ketika anda membeli-belah atau lepak santai dengan pose paling kreatif di Instagram.

image is not available

2. Tulis caption mengapa anda ingin menyertai Hari Keluarga SinarPlus di Slide the Curve.

3. Tag tiga orang rakan yang ingin dibawa bersama.

image is not available

4. Tag @sinarplus dan @slidethecurve di Instagram beserta tanda pagar #FamilyDaySinarPlus serta #SinarPlusatSlidetheCurve.

5. Pastikan akaun anda di tetapan umum.

Selamat mencuba!

View Original Article