Video yang tular di media sosial berkaitan pelampung tiba-tiba jatuh dan menimpa pengunjung di permainan gelongsor air kaca di i-City rupanya belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk beroperasi.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan, pihaknya telah mengeluarkan notis supaya dihentikan ketika masih dalam tempoh pembinaan, namun tidak dipatuhi.
Permainan gelongsor air kaca i-City tiada lesen MBSA

Foto: TikTok @eykien_loffa
Malah, i-City telah dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 14 November tahun lalu kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi.
“Permainan ini belum dapat kelulusan beroperasi. Mereka (i-City) perlu menghantar permohonan kebenaran merancang (KM) dan permit sementara.
“Pihak i-City dikompaun kerana tidak membuat permohonan kelulusan sebelum beroperasi. Ada notis untuk henti ketika pembinaan tetapi tidak patuh, jadi MBSA keluarkan kompaun.
“Tindakan notis henti kerja dan kompaun dikeluarkan pada 14 November tahun lalu. Permainan ini akan diminta menghentikan operasi,” ujarnya.

Foto: TikTok @eykien_loffa

Foto: TikTok @eykien_loffa
Artikel lain:
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai insiden pelampung permainan gelongsor air kaca setinggi 60 meter (m) dan sepanjang 600m di Menara SkyCity, i-City terjatuh dan menimpa pengunjung wanita yang ketika itu berada di lokasi kejadian.
Menerusi video berdurasi 15 saat itu turut memaparkan pengunjung tersebut dikatakan menangis kerana terkejut dan terpaksa menahan kesakitan selepas kepalanya terkena pelampung besar.
Perkara itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai dan mempersoalkan tahap keselamatan permainan di taman tema tersebut. Sumber:
,
@eykien_loffa
The post Gelongsor Air Kaca di i-City Tiada Kelulusan MBSA, Diminta Hentikan Operasi appeared first on Borak Daily.


