Gembira Bercampur Gementar, Ini Kisah Hari Pertama Pendaftaran Pelajar Baharu IPTA

5 Oct 2022 • 8:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Salah seorang daripada 3,553 pelajar baharu Universiti Putra Malaysia yang mendaftar untuk program sarjana muda hari ini - Gambar oleh Alif Omar

Seramai  3,553  pelajar baharu termasuk 392 pelajar antarabangsa mendaftar di Universiti Putra Malaysia hari ini untuk program sarjana muda. 

Daripada jumlah tersebut, 84 pelajar sarjana muda akan mendaftar di kampus UPM Bintulu, Sarawak.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, pelajar-pelajar baharu UPM akan menjalani program Minggu Perkasa Putra (MPP) UPM sesi 2022/2023 selama 5 Hari bermula hari ini hingga 9 Oktober 2022.

Jurufoto Getaran, Alif Omar sempat singgah sebentar di kampus utama UPM hari ini untuk meninjau keadaan hari pertama pendaftaran.

image is not available
Ahli keluarga membantu pelajar mendaftar membawa barang kelengkapan kolej kediaman

image is not available
Ibu bapa membantu anak-anak mereka membawa baju dan peralatan

image is not available
Hari ini hari abang atau kakaknya, esok lusa, harinya pula mendaki menara gading

image is not available
Seorang pelajar baharu mengisi borak kemasukan kolej

image is not available
Tabah menjalani dua kehidupan baharu-- sebagai pelajar dan isteri

image is not available

image is not available
Menelusuri koridor kolej menghala ke bilik pelajar

image is not available
Pelajar dibantu ahli keluarga ketika memasuki Kolej Serumpun, UPM

image is not available
Seramai 3,553 pelajar baharu termasuk 392 pelajar antarabangsa mendaftar di Universiti Putra Malaysia hari ini untuk program sarjana muda