Gemencheh Boys Papar Kisah 6 Budak FELDA Jadi Pemain Kriket Bertaraf Dunia

10 Oct 2023 • 12:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Diadaptasi daripada kisah benar, filem Gemencheh Boys mengisahkan perjalanan sekumpulan enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’ dalam menjadi pemain kriket bertaraf dunia.

image is not available

Diterbitkan oleh Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, filem ini bakal ditayangkan di pawagan seluruh negara bermula pada 26 Oktober ini.

Menurut penerbit eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, filem ini bukanlah mengenai sukan semata-mata.

image is not available

“Filem ini adalah sebuah cerita Malaysia dengan karakter dan mesej yang amat dekat dengan masyarakat kita. Tema yang dipersembahkan membuktikan kita semua…

“…tanpa mengira latar belakang mampu meraih kejayaan serta menjadi luar biasa atas usaha dan kepercayaan,” katanya pada tayangan eksklusif di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Isnin.

image is not available

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan Sea 2017.

image is not available

Gemencheh Boys juga telah mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) disamping berkolaborasi bersama International Cricket Council – ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.

Tiket Gemencheh Boys boleh dibeli awal di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober. Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan tentang filem ini.

image is not available