Gemini Dipilih Sebagai AI Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

WorldTechnology
10 Dec 2025 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Peperangan Amerika Syarikat (Department of War) atau DoW secara rasminya memilih Google Gemini 3 sebagai model kecerdasan buatan (AI) yang akan digunakan inisiatif GenAI.mil. Menerusi inisiatif ini, AI akan dimanfaatkan bagi melakukan tugasan yang lebih cekap dan bersedia untuk peperangan selari dengan Pelan Tindakan AI yang diumumkan Rumah Putih.

image is not available

Julai lalu kontrak diberikan kepada Google, OpenAI, Preplexity dan xAI oleh DoW untuk menguji beberapa model yang ditawarkan bagi kegunaan pentadbiran kerajaan Kesemua syarikat menerima $200 juta untuk menunjukkan kemampuan AI masing-masing bagi keperluan ketenteraan.

Dengan AI kini menjadi trend global, penggunaannya dalam semua faset pentadbiran kini dipercepatkan di beberapa negara. Di Amerika ia dilihat sebagai cara untuk memberikan kelebihan berbanding negara musuh seperti Rusia, Iran dan China.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan merangkumi tahun 2026-2030, Perdana Menteri menyatakan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan kecerdasan buatan (AI). Selari dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan yang diumumkan, kerajaan turut akan menggunakan AI untuk meningkatkan keupayaan aset keselamatan dan pertahanan negara serta kapasiti anggota.