Gemini Kini Boleh Diakses Menerusi Google TV

TechnologyDigital
23 Sep 2025 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini kini secara rasmi boleh diakses menerusi Google TV menerusi kemas kini. Ia akan menggantikan Assistant sebagai pembantu maya pada sistem operasi televisyen pintar ini. Selain boleh digunakan untuk mengawal beberapa fungsi TV menggunakan suara, Gemini turut boleh memberikan sarangan kandungan yang boleh ditonton dan melakukan perbualan dua hala dengan pengguna.

image is not available

Arahan lain yang boleh diberikan ialah memberikan saranan video berdasarkan kesesuaian menonton dengan keluarga. Meminta Gemini untuk memberikan senarai main video YouTube untuk topik mata pelajaran anak atau memintanya untuk memberikan rangkuman musim terdahulu siri TV yang ingin distrim.

Hari ini ia ditawarkan pada siri TV TCL QM9K sebelum dikembangkan kepada kotak TC Google TV Streamer 4K serta beberaa model TV keluaran Hisense dan TCL. Sedikit mengecewakan Google tidak menyatakan sama ada Gemini akan ditawarkan ke Chromecast for Google TV.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved