Gemini Live Akan Menyokong 40 Bahasa Dalam Masa Terdekat

TechnologyDigital
4 Oct 2024 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pembantu maya dibantuy AI Gemini Live dilancarkan bersaam dengan siri Pixel 9 bulan Ogos lalu. Semasa dilancarkan ia hanya menyokong Bahasa Inggeris yang menghadkan kemampuan ia digunakan. Hari ini, lima lagi bahasa baharu disokong iaitu Perancis, Jerman, Portugis, Hindi dan Sepanyol.

image is not available

Kemudian dalam masa beberapa minggu sahaja lagi sehingga 40 bahasa akan disokong oleh Gemini Live. Senarai lengkap bahasa-bahasa baharu yang akan disokong belum dikongsi oleh pihak Google. Ciri baharu lain yang diperkenalkan pada Gemini Live ialah sokongan dua bahasa serentak. Pengguna hanya perlu menetapkan dua bahasa yang ingin digunakan dan Gemini akan memahami arahan diberikan tanpa perlu melakukan pertukaran bahasa terlebih dahulu.

Pengguna Android boleh menggunakan Gemini Live secara percuma di Malaysia dengan ia menggantikan Google Assistant pada peranti mereka sejak beberapa minggu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved