Gemini Live kini percuma untuk pengguna Android

TechnologyDigital
1 Oct 2024 • 8:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google telah mengumumkan yang Gemini Live kini boleh digunakan secara percuma oleh pengguna aplikasi versi Android itu.

Gemini Live asalnya diperkenalkan Google dalam bulan Ogos 2024 tempoh hari kepada pengguna Gemini Advanced.

image is not available

Untuk maklumat anda, Gemini Live adalah ciri kecil pada aplikasi Gemini yang membolehkan pengguna bertinteraksi secara kasual dengan Gemini, seperti bersembang dengan orang sebenar, tanpa perlu menekan sebarang butang input ataupun menaip prompt bagi mendapatkan maklum balas.

Ia juga boleh diaktifkan secara hnds-free iaitu perbualan boleh diteruskan walaupun aplikasi Gemini berada di ruangan latar, malahan sewaktu telefon terkunci juga boleh digunakan.

image is not available

Untuk lebih mesra pengguna, Gemini menawarkan 10 jenis suara pelbagai jenis untuk dipilih.

  • Nova: Calm • Mid-range voice
  • Ursa: Engaged • Mid-range voice
  • Vega: Bright • Higher voice
  • Pegasus: Engaged • Deeper voice
  • Orbit: Energetic • Deeper voice
  • Lyra: Bright • Higher voice
  • Orion: Bright • Deeper voice
  • Dipper: Engaged • Deeper voice
  • Eclipse: Energetic • Mid-range voice
  • Capella: British Accent • Higher voice

Harga langganan Gemini Live Advanced di Malaysia

Seperti yang dikatakan tadi, Gemini Live hanya tersedia untuk pengguna versi Android sahaja buat masa ini. Pengguna Gemini di iOS perlukan langganan Gemini Advanced untuk menikmati kemudahan Gemini Live.

image is not available

Gemini Advanced boleh dilanggan di Malaysia pada harga RM97.99/bulan. Selain daripada Gemini Live, pelanggan turut menerima manfaat seperti akses kepada model AI paling berkuasa iaitu Ultra 1.0 serta storan Google One sebanyak 2TB.

Bacaan berkaitan