Gempa 5.8 skala Richter landa Laut Banda, tiada ancaman tsunami

2 Dec 2023 • 10:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 8.01 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 113 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 422 km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA