Gempa 8.7 Magnitud Rusia: Ombak Tsunami Landa Kepulauan Kuril

WorldEnvironment
30 Jul 2025 • 9:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Gempa 8.7 Magnitud Rusia: Ombak Tsunami Landa Kepulauan Kuril

Semenanjung Kamchatka, Rusia telah digegar siri gempa bumi kuat, mencapai sehingga 8.7 magnitud. Gempa itu juga telah menyebabkan ombak tsunami melanda Kepulauan Kuril utara pada Rabu.

Menurut portal berita Rusia, RT, gelombang pertama melanda pantai Severo-Kurilsk sejurus selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud direkodkan berhampiran Semenanjung Kamchatka.

Perkara itu dimaklumkan oleh Gabenor Wilayah Sakhalin Valery Limarenko dalam satu siaran di Telegram.

Pihak berkuasa telah mengarahkan lebih 2,500 penduduk di bandar itu untuk berpindah ke kawasan tinggi dan jauh dari pantai.

“Penduduk kekal selamat di kawasan tinggi sehingga amaran tsunami diturunkan sepenuhnya,” kata Limarenko.

Rakaman yang dikongsi oleh media tempatan dan pegawai menunjukkan air mencecah bahagian pantai dan penduduk mendaki ke tempat yang lebih tinggi ketika siren tsunami berbunyi. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar.

 

 

Sumber: RT