Gempa bumi: 16 pelancong Malaysia di NTT selamat

LocalTravel
15 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gempa bumi: 16 pelancong Malaysia di NTT selamat

PUTRAJAYA – Seramai 16 pelancong Malaysia yang berada di sekitar Kabupaten Nagekeo, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda kawasan itu.

Menurut Kementerian Luar Negeri, semua mereka disahkan selamat selepas pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berjaya menghubungi kumpulan itu.

“Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat situasi susulan gempa bumi itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan komuniti rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.

“Pada peringkat ini, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa membabitkan warga Malaysia akibat insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Warga Malaysia yang menetap atau sedang dalam perjalanan ke kawasan terjejas dinasihatkan untuk kekal berwaspada, utamakan keselamatan diri dan patuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kata kenyataan itu, bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan konsular yang pantas, warga Malaysia digesa untuk mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan mereka menerusi portal e-Konsular di.

“Bagi bantuan konsular segera atau kecemasan, warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta secara terus.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan situasi ini secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perkembangan baharu mengenai warganegara Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Gempa bumi: 16 pelancong Malaysia di NTT selamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved