Gempa Bumi 5.7 Magnitud Landa Nevada AS

14 Apr 2026 • 7:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi 5.7 Magnitud Landa Nevada AS

LOS ANGELES, 14 April (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda utara Nevada pada petang Isnin, menurut Kajian Geologi (USGS) Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 6.29 petang waktu tempatan (0129 GMT Selasa), kira-kira 20 kilometer (km) tenggara Silver Springs di Lyon County, mencetuskan pemberitahuan ShakeAlert di seluruh wilayah.

Gegaran dirasai oleh penduduk di bahagian utara Nevada serta kawasan berhampiran California.

Tiada kerosakan atau kecederaan ketara dilaporkan setakat ini, kata pihak berkuasa Lyon County dalam kenyataan di laman web daerah itu.

"Pengurusan Kecemasan Daerah Lyon segera mengaktifkan usaha penyelarasan dengan agensi keselamatan awam tempatan, utiliti, sekolah daerah dan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Pada masa ini, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku pada infrastruktur kritikal termasuk hospital, sekolah, sistem pengangkutan atau perkhidmatan utiliti," menurut kenyataan itu.

Baca juga:

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan tindak balas akan terus menjalankan penilaian kerosakan menyeluruh di seluruh daerah dalam beberapa hari akan datang.

USGS melaporkan beberapa siri gegaran susulan dengan magnitud antara 2.5 hingga 3.6.

Pejabat Pengurusan Kecemasan Nevada menyatakan gempa bumi susulan sering berlaku sambil menambah bahawa gegaran susulan adalah "normal dan dijangka."

"Jika anda merasakan tanah bergegar lagi, jangan lari ke luar," nasihat agensi itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved