Gempa bumi 6.0 magnitud landa Indonesia

11 Feb 2023 • 7:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JAKARTA, 11 FEB: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda wilayah Sulawesi Utara di Indonesia pada Sabtu, namun tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gempa berlaku pada 3.55 petang waktu tempatan (0855 GMT) berpusat di Melonguane, Pulau Talaud, lapor Xinhua memetik agensi itu.

Gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

– BERNAMA