Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm

WorldEnvironment
13 Jan 2025 • 11:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Landa Barat Daya Jepun, Tsunami Setinggi 20cm

TOKYO, 13 Jan (Bernama) — Gempa bumi dengan magnitud awal 6.4 melanda barat daya Jepun pada Isnin, dengan amaran tsunami dikeluarkan bagi wilayah Miyazaki dan Kochi, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudian menyemak semula magnitud gempa itu kepada 6.9.

Gempa bumi pada 9.19 malam itu mencatatkan kekuatan 5 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7, di sebahagian Wilayah Miyazaki, menurut JMA.

Tsunami setinggi 20 sentimeter juga dilaporkan di Miyazaki susulan gempa bumi berkekuatan 6.9 itu.

Sementara itu, turut dilaporkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji nuklear di Wilayah Ehime.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved