Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun

8 Jul 2024 • 11:22 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 26.9 darjah utara dan 138.8 darjah timur iaitu 871 kilometer selatan dari Hamamatsu, Jepun, dengan kedalaman 567 kilometer (km).

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. - 8 Julai, 2024