Gempa Bumi 7.1 Magnitud, Jepun Keluarkan Nasihat Tsunami

WorldEnvironment
8 Aug 2024 • 5:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi 7.1 Magnitud, Jepun Keluarkan Nasihat Tsunami

Satu kejadian gempa bumi kuat dilapor melanda luar pantai di selatan Pulau Kyushu Jepun, sekaligus menyaksikan nasihat tsunami dikeluarkan, lapor CBS News.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud berlaku kira-kira pukul 4.42 waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 29 kilometer.

Agensi itu kemudian mengeluarkan nasihat tsunami dengan jangkaan ombak setinggi 1 meter di sepanjang persisiran pulau berkenaan serta di Pulau Shikoku.

NBC melaporkan bahawa nasihat tsunami dikeluarkan apabila ketinggian ombak dijangka tidak akan melebihi 1 meter (3.3 kaki).

Manakala media tempatan turut melaporkan kejadian ombak setinggi 20 inci turut dikesan di kawasan laut berdekatan pelabuhan Miyazaki.

Agensi Meteorologi Jepun kemudian turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhi kawasan persisiran pantai di Kochi dan Miyazaki sehingga nasihat tsunami itu ditarik balik.

Sementara itu, pengendali loji nuklear di Pulau Kyushu dan Shikoku berkata bahawa pihak mereka sedang memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan pada alatan.

Menurut laporan CBS News lagi, media tempatan melaporkan gempa bumi itu turut memecahkan tingkap di Lapangan Terbang Miyazaki yang berhampiran dengan kawasan pusat gempa.