Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegarkan Wilayah Maluku Indonesia

8 Nov 2023 • 4:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegarkan Wilayah Maluku Indonesia

JAKARTA, 8 Nov (BERNAMA) — Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda wilayah Maluku, Indonesia pada Rabu, menurut agensi geofizik negara itu (BMKG).

Pusat gempa terletak di laut, kira-kira 251 kilometer barat laut Tanimbar.

BMKG dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa tiada potensi tsunami dilaporkan setakat ini.

Gempa bumi berlaku pada 11.52 pagi waktu Indonesia Barat, dengan koordinat tepat pada 6.31 darjah lintang selatan dan 129.77 longitud darjah timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di pulau itu, termasuk Saumlaki, Banda, Ambon, Damer, dan Kisar.

Ketua Balai BMKG Ambon, Djati Cipto Kuncoro menggesa orang ramai bertenang dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Penduduk juga dinasihatkan supaya mengelakkan bangunan yang mengalami keretakan atau kerosakan akibat gempa bumi.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai jumlah korban atau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.

Sumber: BERNAMA