Gempa bumi di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia

18 Jun 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Gempa bumi di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada jam 2.57 petang tadi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada jam 2.57 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 24 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan 98 km dari tenggara Koronadal City.

Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pada 8 Jun lepas, gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda Mindanao, mengorbankan sekurang-kurangnya 61 nyawa dengan lebih 346,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Beberapa gempa susulan dilaporkan turut dikesan selepas itu.- Bernama 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved