Gempa bumi di Myanmar: Angka korban meningkat 1,644, seramai 139 hilang

29 Mar 2025 • 10:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

YANGON, 29 MAC: Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu melanda negara Asia Tenggara itu pada Jumaat, dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Nay Pyi Taw antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, tiba di Mandalay dengan helikopter pada pagi Sabtu untuk meninjau kawasan yang terjejas teruk, menurut Radio dan Televisyen Myanmar. Min Aung Hlaing turut menyeru bantuan antarabangsa pada Jumaat.

–BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved