Gempa Bumi Di Timur Afghanistan: 280 Maut, 595 Cedera

22 Jun 2022 • 3:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
280 orang maut manakala 595 orang maut selepas gempa bumi 6.1 menggegarkan wilayah Paktika di Afghanistan pagi Rabu. - Gambar dari Bakhtar News Agency

KABUL - Sekurang-kurangnya 280 orang terbunuh dan 595 cedera selepas gempa bumi menggegarkan wilayah Paktika di Afghanistan pagi Rabu, lapor Xinhua memetik siaran Agensi Berita Bakhtar. 

Kira-kira 255 orang terkorban di daerah Barmal, Ziruk, Naka dan Gayan di wilayah Paktika, daerah paling terjejas di wilayah timur, menurut laporan itu memetik sumber tempatan terkini.

Helikopter dan pasukan penyelamat sudah berada di kawasan yang terjejas.

Di wilayah jiran Khost, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 95 yang lain cedera.

Menurut US Geological Survey, gempa bermagnitud 6.1 itu menggegarkan 44 kilometer (km) barat daya Khost.

Ia merosakkan berpuluh-puluh rumah di wilayah itu dan juga menyebabkan kejadian tanah runtuh di Paktika, menurut sumber tempatan. - Bernama