
Met Malaysia melaporakn gempa bumi di Sabah
Gempa Bumi Dikesan Di Sabah, Lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Pada hari ini, Bernama melaporkan gempa bumi kecil dengan magnitud 3.7 pada skala Richter telah dikesan di Ranau sekitar 7.13 pagi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pusat gempa, pada kedalaman 5km, adalah 13km utara-barat Ranau dan gegaran itu boleh dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

Akan terus memantau situati di Sabah
Dalam pada itu, difahamkan jabatan berkenaan akan terus memantau situasi terkini, menurut sumber.
Untuk makluman, pakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia dan pemimpin kerajaan awal tahun ini untuk bersiap sedia menghadapi risiko gempa bumi.
Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Seismologi dan Gempa Bumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan melihat bahawa rantau Asia Tenggara menghadapi risiko gempa bumi berskala besar.

Gempa bumi berlaku di Indonesia dan Jepun boleh menjejaskan Malaysia
Sementara itu, beliau juga menyatakan bahawa gempa bumi di negara jiran Indonesia dan Jepun boleh mengganggu aktiviti Lingkaran Api Pasifik, meningkatkan kemungkinan gempa bumi di Malaysia.
Baca juga artikel yang berkaitan:
Muncul Ikan Naga Laut Petanda Bakal Ada Tsunami Dan Gempa Bumi Hanyalah Mitos, Ini Kajian Penyelidik
