
Gempa Bumi Dilapor Landa Filipina
Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 7.34 pagi, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.3° Utara dan 126.4° Timur, dengan magnitud 5.4 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa ini terletak 106 kilometer Tenggara dari Davao, Filipina, dengan kedalaman 20 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.
Sumber: METMalaysia
The post Gempa Bumi Dilapor Landa Filipina appeared first on Siakap Keli.

