
Gempa Bumi Gegar Kepulauan Ryukyu, Jepun Sebentar Tadi
Satu kejadian gempa bumi dilaporkan telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 8.19 malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.2 itu berpusat di 28.9° Utara dan 130.5° Timur.
Dengan kedalaman 10 kilometer, gempa itu juga berlaku di 296 kilometer Selatan dari Kagoshima.
Bagaiamanapun, ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.2 telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 8:19 mlm, 29 Ogos 2022. Pusat GB 28.9° U dan 130.5° T dengan kedalaman 10 km. 296km Selatan dari Kagoshima,Jepun.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/Adi9bIPX9Q— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 29, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Gempa Bumi Gegar Kepulauan Ryukyu, Jepun Sebentar Tadi appeared first on Siakap Keli.

