Gempa Bumi Jepun: Korban Meningkat Kepada 78 Orang

4 Jan 2024 • 12:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gempa Bumi Jepun: Korban Meningkat Kepada 78 Orang

TOKYO, 4 Jan (Bernama-Xinhua) — Korban akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bandar Wajima paling teruk terjejas dengan 44 kematian direkodkan.

Dalam satu siri gegaran susulan pada Khamis hampir 95,000 keluarga mengalami gangguan bekalan air di beberapa bahagian Ishikawa akibat kerosakan paip air.

Operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran kesan daripada runtuhan.

Gempa bumi yang berlaku tiga hari lepas itu turut mencetuskan amaran tsunami.

Kementerian Tanah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 100 hektar kawasan di Ishikawa terjejas akibat tsunami.

“Lebih 40 jam telah berlalu sejak bencana itu. Saya rasa kita berada pada saat genting…terpaksa berlumba dengan masa. Kami telah menerima laporan bahawa ramai orang yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh masih menunggu untuk diselamatkan,” kata Perdana Menteri Fumio Kishida di sidang akhbar pada Rabu.

Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakan bencana itu sebagai “Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024”.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved