Gempa bumi kuat di Mindoro, Filipina

15 Jun 2023 • 12:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gempa bumi bermagnitud 6.3 pada skala Richter itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. - Gambar haisan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina pada jam 10.19 pagi Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 45 kilometer (km) barat dari Batangas City, Filipina dengan kedalaman 121km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama