Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Vanuatu

3 Mar 2023 • 9:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada 15.2 darjah selatan dan 166.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) dari Lata, Kepulauan Solomon - Gambar Twitter METMalaysia

KUALA LUMPUR - Gempa kuat berukuran 6.4 magnitud yang melanda Kepulauan Vanuatu di Lautan Pasifik Selatan, awal pagi tadi, tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya.

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada 15.2 darjah selatan dan 166.2 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km) dari Lata, Kepulauan Solomon.

“Gempa bumi kuat 6.4 magnitud di Kepulauan Vanuatu pada jam 2.04 pagi ini.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.

Pada Januari lalu, gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Espiritu Santo.

Ia menyebabkan penduduk kampung melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.

Tiada kerosakan teruk susulan gempa terbabit. - Getaran, 3 Mac 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved